Minggu, 30 November 2008

MAWAR DI LUAR RUMAH








Kita seringkali berfikir sejuta kali tentang mawar yang berada di luar rumah, tapi kita tidak pernah berfikir sejuta kali tentang cempaka yang berada di atas meja dan kenangan yang berada di atas almari.

JANGAN MENGHINA



Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang boleh menumpahkan darah. Justeru, waspada dengan barang yang kecil kerna kecil mereka cukup bahaya pada mereka yang meremehkan
kekecilan itu.

POHON RENDANG


Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanyalayak dibuat kayu api.

UKIRAN KEBETULAN


Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul

HADIAH TERBAIK DAN KESETIAAN KAWAN


Hadiah Terbaik :Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan. Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain. Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Makaberlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat. Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yangmenentukan.

MENCARI TANDA


Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa.

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; LidahnyaSelalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa);

SAHABAT DAN BAHAGIA


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yangsetia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membacakerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa keranatertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal keranaberamal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda keranabersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

MENCARI KEMULIAAN


Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalamkehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.


Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.


Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak sepertisutera.

Sabtu, 29 November 2008

DIRENTAS KEGAGALAN


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

PERKONGSIAN KEHIDUPAN


1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupunhanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadimainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa iaakan pecah.

NUR HIJRAH


Amalan ziarah atau kunjung mengunjung merupakan salah satu wasilah atau cara mengerat dan mengukuh tali silaturrahim sesama kita. Amalan ziarah memberi manfaat yang amat besar dan faedah yang berguna dalam konteks perpaduan ummah. Amalan ziarah juga membolehkan yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai, yang susah menjadi mudah dan sebagainya. Maka dengan amalan ziarah akan terbentuklah satu ikatan yang dinamakan hubungan silaturrahim.

Namun, yang mengecewakan serta amat mendukacitakan kita, di mana terdapat sebahagian di kalangan umat Islam atau sahabat-sahabat kita pada hari ini kurang memberi perhatian terhadap amalan ziarah menziarahi terutamanya menziarahi saudara-saudara terdekat, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya di luar musim-musim perayaan atau sambutan-sambutan tertentu. Ini disebabkan fahaman dan amalan ziarah hanya bersifat bermusim atau menjadi tradisi yang diamalkan sempena sambutan perayaan sahaja seperti hari raya puasa yang sedang kita raikan ataupun hari raya haji semata-mata. Akibatnya amalan ziarah semakin hari semakin terhakis dan diabaikan dalam keluarga dan masyarakat kita dengan alasan kesibukan dengan tugas-tugas harian dan sebagainya.

MENGINTAI BAHAGIA




Orang yang berbahagia itu ialah orang yang dapat menguasai hatinya, sebab orang yang dapat memerintah hatinya sendiri, lebih besar faedahnya daripada orang yang dapat menaklukki sebuah negeri.

UNTUNGKAH BERSIFAT SOMBONG


Kesembongan itu adalah orang yang benci kepada kebenaran dan menghina manusia.

BERSIMPUH DALAM FIKIR

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).”

Rabu, 26 November 2008

DI BAWAH NUR SIDIQQIN


Jangan beritahu saya betapa kuat anda telah bekerja. beritahu saya berapa banyak kerja yang telah anda selesaikan.

MENCARI SOLEH


Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kehadrat Allah S.W.T. Moga-moga kita termasuk ke dalam golongan orang-orang yang soleh kerana golongan ini akan dikurniakan Allah S.W.T. dengan sebaik-baik balasan di akhirat kelak serta ditempatkan didalam syurga yang penuh dengan segala nikmat yang tidak terperi dan tinggal kekal di dalamnya selama-lamanya. Syurga itu pula terdapat beberapa peringkat, orang yang tinggi sekali darjat amalnya akan ditempatkan pada peringkat-peringkat yang setinggi-tingginya.

Muslim yang soleh adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan As-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Bagi mewujudkan muslim yang soleh, seseorang itu perlu memiliki ciri-ciri yang unggul sebagai seorang Islam iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang menyeluruh meliputi ibadat khusus dan ibadat umum yakni fardhu ain dan fardhu kifayah serta akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal soleh.

Keimanan kepada Allah adalah paksi pembinaan negara dan ummah. Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah demi kebaikan dunia dan akhirat.
Firman Allah S.W.T.

Maksudnya : Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
Dalam ayat ini, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa manusia yang beruntung ialah mereka yang beriman dan beramal soleh. Beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa manusia daripada menganggap diri mereka bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan serta tanggungjawab kepada ketundukan kemudian mengaku tanpa sebarang syarat bahawa tiada tuhan melainkan Allah Nabi Muhammad itu Rasulullah. Iman merangkumi tiga unsur utama iaitu kepercayaan yang jitu, pengetahuan yang mendalam dan keyakinan yang teguh. Ketiga-tiga unsur ini akan membentuk iman yang kukuh yang menjadi tonggak kekuatan rohaniah yang cukup kental untuk membina jiwa dan jasmani manusia.

Keimanan tanpa ketaatan melalui amal ibadat adalah sia-sia. Seseorang yang mempunyai keperibadian yang unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya. Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah untuk beribadat kepadaNya.
Firman Allah S.W.T.

Maksudnya : Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaku.(Az-Zariat : 56)

Ibadat adalah bukti ketundukan seseorang hamba setelah mengaku beriman kepada Tuhannya. Ianya bukan menyentuh fardhu ain semata-mata tapi merangkumi hubungan sesama manusia dan makhluk yang lain. Justeru itu, bagi individu yang berperibadi unggul, seluruh hidupnya baik hubungannya dengan pencipta mahupun masyarakat dan makhluk yang lain adalah dianggap sebagai ibadah.
Allah S.A.W. telah berfirman :

Maksudnya : Sesunguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu yang khusyu' dalam sembahyangnya, orang yang menjauhkan dirinya ( dari perbuatan ) yang tidak berguna, orang yang menunaikan zakat dan orang yang menjaga kehormatan kecuali terhadap isteri-isterinya atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam perkara ini tidak tercela.( Al-Mukminum : 1 - 6)

Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil daripada keimanan yang kental. Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dan anggota masyarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh sesebuah anggota masyarakat. Sekiranya niai yang diamalkan itu nilai yang positif, nilai yang baik maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang aman, damai dan harmoni dan diselubungi dengan roh Islam. Rasulullah S.A.W. adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam sebuah hadis baginda telah bersabda yang bermaksud :
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia(Riwayat Ahmad)
Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan individu yang unggul antaranya ialah amanah, ikhlas, tekun, berdisiplin, sentiasa bersyukur dan adil.

Orang yang soleh akan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan rohani dan jasmaninya dengan terkawal. Aspek-aspek rohani dan jasmani manusia yang terdiri daripada empat perkara iaitu akal fikiran, roh, jasad dan syahwat akan dapat dididik dan dipandu berdasarkan fitrah sebenar dan fungsi kejadian manusia itu sendiri sebagai makhluk istimewa dan khalifah Allah yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini.

Akal fikiran yang diciptakan Allah S.W.T. merupakan mahkota berharga yang menampilkan imej manusia.Ia bekeupayaan menerima ilmu, berfikir, membezakan antara baik dan yang buruk, boleh diajar dan dididik serta boleh menyampaikan kepada orang lain. Melalui akal, seseorang itu mendapat hidayah dan petunjuk Allah menerusi pemerhatian dan penghayatan terhadap kejadian-kejadian alam dan ajaran-ajaran yang disampaikan oleh orang lain.
Al-Quran menggesa manusia supaya menggunakan akal fikiran, memerhati dan mengkaji kejadian-kejadian alam ini. Pemerhatian dan pengkajian ini mempunyai faedah yang sangat besar iaitu memenuhi dan mempertingkatkan kemajuan hidup yang kemudiannya akan menemui hakikat kebesaran Allah sebagai pencipta yang maha agung. Dengan itu, kita sebagai makhluk yang mempunyai daya akal dan keupayaan akan tunduk patuh kepada kekuasaan Allah dengan penuh kesedaran dan akan melalui kehidupan ini dalam situasi yang betul dan menuju keredhaan Allah S.W.T.

Seseorang insan yang unggul akan mudah mengatur urusan kehidupan diri dan keluarganya. Ia dapat merencanakan soal-soal pendidikan, saraan, pergaulan dan pembangunan keluarganya dengan tarbiyah Islamiah. Ia dapat menjalankan tugasnya sebagai ra'i atau ketua keluarga dan dalam masa yang sama sebagai abid atau hamba Allah yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan Penciptanya.

Seseorang insan yang soleh dan unggul akan memastikan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan di sekitarnya akan diasakan kepada panduan-panduan yang digariskan oleh Islam.

Selasa, 25 November 2008

MENCARI BAHAGIA


HULU TERENGGANU - "Kami bahagia dan tak pernah bercerai walaupun ada orang menyangka kami tak tinggal bersama lagi." Demikian pengakuan ikhlas Mohd. Nor Musa, 37, mengenai status rumah tangganya dengan wanita berusia 106 tahun, Wook Kundur, yang kononnya dikatakan sedang dilanda gelora.
Menurutnya, sejak mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu, perkahwinan mereka tidak bermasalah bahkan semakin menyayangi satu sama lain, walaupun dipisahkan jarak umur 69 tahun.
"Memang ada saya dengar orang yang bawa cerita kurang elok tentang perkahwinan kami, malah ia sudah didengar sejak awal perkahwinan lagi.
"Kami tak mahu layan cakap-cakap itu kerana tak mampu menjawab khabar angin itu.
"Apa yang dapat kami katakan ialah rumah tangga terus bahagia dan kami sepakat dalam kehidupan seharian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, di sini semalam.
Perkenalan pasangan umpama 'cucu dan nenek' itu bermula apabila Mohd. Nor menyewa rumah milik Wook di kampung itu empat tahun lalu dan banyak membantu kehidupan wanita yang dianggap sebagai ibu angkat itu.
Wook yang ketika itu tinggal berseorangan, kemudiannya mencadangkan supaya mereka berkahwin bagi mengelak pandangan serong masyarakat dan agar Mohd. Nor dapat menjaganya dengan lebih sempurna.

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA MENJAMIN KEBERKATAN HIDUP



BERBAKTI KEPADA IBU BAPA MENJAMIN KEBERKATAN HIDUP "
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita sama-sama mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang soleh dan menjadi contoh terbaik kepada keluarga dan masyarakat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah " BERBAKTI KEPADA IBU BAPA MENJAMIN KEBERKATAN HIDUP " .

Sidang Jumaat yang dihormati,

Penderhakaan kepada ibu bapa adalah sebahagian gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat. Terdapat masyarakat Islam yang menganggap memelihara dan menjaga kebajikan kedua ibu bapa bukan satu tanggungjawab penting. Fenomena ini berlaku kerana masyarakat beranggapan menjaga rumahtangga sendiri dan anak-anak lebih penting daripada mengambil berat ke atas ibu bapa. Paling malang lagi terdapat anak-anak yang menghantar kedua ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua dengan alasan sibuk bekerja ataupun sukar mencari penjaga. Ini adalah berita buruk dan amat menyedihkan ibu bapa.

Lebih menyedihkan terdapat ibu bapa yang telah ditempatkan di rumah kebajikan ini merayu kepada anak-anak supaya mengambil mereka kembali untuk tinggal bersama tetapi tidak diendahkan. Selain itu terdapat juga anak-anak lebih memuliakan dan menghormati kawan-kawan dan sahabat handai berbanding dengan layanan kepada ibu bapa mereka.

Mimbar Jumaat pada hari ini menyeru umat Islam jangan mencontohi kisah layanan buruk ‘Alqamah terhadap ibunya yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dalam kisah ini , ‘Alqamah telah ditimpa sakit yang amat teruk dan tidak dapat mengucap ketika hampir saat kematiannya walaupun sahabat-sahabat Rasulullah SAW telah mengajarnya berkali-kali sehinggakan Rasulullah terpaksa memanggil ibu ‘Alqamah untuk bertanyakan apa hal sebenarnya yang berlaku.

Ibu ‘Alqamah telah menerangkan kepada Rasulullah SAW bahwa dia marah kepada anaknya kerana anaknya lebih mengutamakan isteri lebih daripada ibunya sendiri. Lihatlah sidang jamaah sekalian, walaupun ‘Alqamah adalah seorang yang sangat taat dan kuat ibadatnya kepada Allah SWT, rajin bersolat, berpuasa dan bersedekah tetapi disebabkan kemarahan ibunya Allah SWT telah menutup lidahnya untuk mengucapkan kalimah syahadah.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Islam memberi amaran keras terhadap mereka yang gagal melaksanakan hak-hak ibu bapa, menderhaka atau membiarkan ibu bapa yang sudah lanjut usianya menjalani kehidupan yang sukar dan menyedihkan. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya : " Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras. "

Apa yang nyata, berbakti kepada kedua ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka adalah di antara tugas yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam surah Lukman ayat 14:


Maksudnya : " Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu ".

Hakikatnya tanggungjawab anak-anak dalam melaksanakan hak-hak ibu bapa adalah hak yang paling penting sesudah menunaikan hak Allah SWT dan hak Rasul-Nya. Lantaran itu, hendaklah kita berbakti dan berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, berakhlak mulia sepanjang masa kepada mereka, mengutamakan mereka dalam segala kebajikan dan kebaikan lebih daripada diri kita sendiri, anak-anak dan juga isteri.

Sidang Jumaat yang dikasihani,

Sesungguhnya tanggungjawab anak-anak terhadap kedua orang tua bukanlah hanya dilakukan semasa hayat mereka masih ada sahaja tetapi berterusan walaupun mereka telah meninggal dunia. Anak-anak masih boleh menyumbangkan bakti mereka dengan pelbagai amalan seperti memperbanyakkan istighfar dan berdoa untuk mereka, bersedekah, membayar segala hutang piutang serta melaksanakan semua wasiat yang mereka tinggalkan selagi wasiat tersebut tidak bercanggah dengan hukum syarak. Selain itu menghubungkan silaturahim dengan teman-teman dan kaum kerabat serta orang-orang kesayangan ibu bapa juga merupakan salah satu cara berbakti yang boleh kita lakukan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar hari ini sekali lagi menyeru supaya kita beristiqamah dalam berbuat ihsan kepada ibu bapa supaya mereka dapat menikmati kualiti hidup yang sempurna di dunia ini. Jika kita gagal berbuat demikian, maka di kemudian hari kita akan menerima nasib yang sama. Jabir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya : " Berbaktilah kepada orang tua kamu (ibu bapa), nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Dan peliharalah kehormatan isteri-isteri orang lain, nescaya isteri-isteri kamu akan memelihara kehormatan mereka . "

Fahamilah hakikat bahawa setiap kita adalah anak dan setiap kita juga akan menjadi ibu dan ayah. Oleh itu berlaku ihsanlah kepada ibu bapa agar setiap anak yang akan menjadi ibu dan bapa, akan dikasihani dan disayangi oleh anak-anak pula. Mimbar yang mulia ini bimbang jika ibu bapa kita hidup dalam keadaan terbiar, maka kemungkinan besar anak-anak yang akan menjadi ibu dan bapa juga akan turut terbiar dan tidak dipedulikan. Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 7 :
Maksudnya : " Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedahnya adalah untukmu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka berbalik kepada diri kamu juga ".

AL QURAN MERENTASI ZAMAN


Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabadian diri kita kepada-Nya dengan sentiasa melakukan ketaatan dan meninggalkan segala maksiat dan kemungkaran yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. Semoga dengan amalan yang diredhai Allah S.W.T dapat memberkati kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah “AL-QUR’AN MERENTASI ZAMAN”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sempena memperingati Nuzul Al-Qur’an, mimbar hari ini suka menyatakan bahawa peristiwa Nuzul Al-Qur’an yang berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan tahun ke-41 daripada kelahiran Rasulullah SAW ini telah membawa sinar kepada seluruh manusia yang ketika itu sedang berada dalam kegelapan jahiliah. Bermula dari peristiwa ini, zaman yang penuh dengan kegelapan itu telah berubah wajah dengan cahaya iman dan Islam. Amalan yang sesat dan batil telah bertukar kepada kebenaran dan keadilan. Manusia yang dahulu hidupnya bertuhankan hawa nafsu, kini beralih kepada menyembah Allah SWT Yang Maha Esa. Dalam erti kata lain, peristiwa Nuzul Al-Qur’an telah menjana perubahan dan membina peradaban umat.
Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiak ayat 107:

Maksudnya: " Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Al-Qur’an merupakan mukjizat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada umatnya. Sehingga tiada sesiapa pun yang mampu mencipta ayat-ayat Al-Qur’an walaupun sepotong ayat yang setanding dengan kehebatan Al-Qur’an.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 23:
Maksudnya: " Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Qur'an itu, dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang yang benar."

Al-Qur’an adalah kitab suci yang kekal sifatnya, sangat istimewa dan sesuai untuk semua zaman dan tempat. Ia bukan panduan untuk satu-satu bangsa atau masa-masa tertentu sahaja tetapi merupakan pembawa rahmat seluruh alam sehingga hari kiamat. Manakala perbahasan dan pengajaran yang diketengahkan di dalamnya pula membawa banyak manfaat kepada umat manusia. Contohnya hasil kajian sains berkaitan biologi manusia (tubuh badan manusia) telah mengesahkan bahawa setiap manusia mempunyai cap jari yang berbeza antara satu sama lain. Dan sesungguhnya al-Qur’an telah menyebutkan hal ini lebih awal dari kajian tersebut iaitu sejak 1,429 tahun yang lampau.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Qiamah ayat 3-4:
Maksudnya: Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya?. Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

Demikian juga tentang kajian mengenai deria kulit manusia yang baru diketahui mempunyai sel-sel yang banyak serta paling sensitif. Perkara ini telah digambarkan oleh al-Qur’an ketika mana orang-orang berdosa diazab dalam neraka kelak, setiap kali kulit-kulit mereka yang terbakar hangus akan diganti dengan kulit lain untuk mengandakan keazaban yang berkekalan.


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sempena dengan memperingati Nuzul al-Quran al-Karim yang merupakan kitab suci dan salah satu rukun iman ini, marilah sama-sama kita menjadikan al-Qur’an sebagai pedoman dan panduan hidup bermula diperingkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Sesungguhnya semua hukum dan peraturan-Nya menjadi penyelamat di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Israk ayat 9:
Maksudnya: “ Sesungguhnya al-Qur’an ini memberi petunjuk kejalan yang benar (iaitu ajaran Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh bahawa mereka beroleh pahala yang besar. ”

Disamping itu, menjadi kewajipan kepada ibu bapa merancang program kelas-kelas al-Qur’an kepada anak-anak secara serius dan bersungguh-sungguh. Adalah malang jika anak-anak diabaikan daripada ilmu al-Qur’an, sedangkan pelajaran akademik sanggup disediakan kelas-kelas tuisyen. Sebagai umat Islam yang wajib beriman dan mengamalkan ajaran al-Qur’an perlulah memastikan bahawa masyarakat Islam bebas daripada penyakit buta al-Qur’an. Sesungguhnya masyarakat yang celik al-Qur’an akan dilimpahi hidayah keberkatan dan rahmat Allah SWT.




Firman Allah SWT di dalam surah al-Isra’ ayat 82:


Maksudnya:" Dan Kami turunkan dari ayat al-Qur’an itu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman; dan tidak menambahkan orang yang zalim kecuali kerugian".

PENDIDIKAN RAMADAN MENJANA KECEMERLANGAN



Saya menyeru diri saya dan tuan-tuan, marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya, mudah-mudahan kita akan berbahagia di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah hari ini ialah : " PENDIDIKAN RAMADAN MENJANA KECEMERLANGAN ".

Selepas mendengar khutbah nanti insya Allah kita akan dapat tahu faktor yang boleh menjana kecemerlangan iaitu dengan Ramadan kita patuh kepada Allah; mensyukuri nikmat rezeki yang diperolehi; tabah dalam menghadapi ujian dan tekun dalam mengerjakan solat.


Muslimin Yang Di Rahmati Allah,

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan inayah-Nya kita telah selesai menunaikan ibadah puasa Ramadan. Kefardhuan berpuasa Ramadan itu adalah semata-mata bertujuan mendapatkan takwa. Sifat takwa bermakna taat dan patuh kepada perintah dan tegahan Allah yang tidak berbelah bahagi atau pun takut mengabaikan perintah Allah kerana balasan azab yang amat ngeri. Pendek kata pelaksanaan kepada segala titah perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan-Nya akan menghasilkan takwa dan golongan yang bertakwa akan di mulia dan dikasihi Allah Azza Wa Jalla.

Firman Allah dalam Al-Hujurat ayat 13:
Maksudnya: " Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya " .


Muslimin Yang Di Rahmati Allah,

Mimbar ini ingin menarik perhatian para jamaah tentang pensyariatan Allah kepada beberapa amalan di sepanjang Ramadan. Segala amalan ini mengandungi pelbagai pengajaran dan hikmat untuk panduan kita mencapai takwa sebagai teras kepada kecemerlangan di dunia dan diakhirat. Secara umumnya terdapat empat faktor pengajaran yang boleh mengubah dan membentuk diri kita menjadi insan soleh dan bertakwa hasil daripada pendidikan Madrasah Ramadan iaitu:

Pertama : Semakin tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Maksudnya ialah ketaatan di sepanjang Ramadan lalu mendorong kita untuk tetap melakukan setiap aspek pekerjaan seharian mematuhi garis panduan dan kehendak syarak di samping mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Kedua : Mensyukuri nikmat makanan dan minuman. Ramadan juga menjadikan kita umat yang tahu bersyukur atas nikmat rezeki makan dan minum. Dengan nikmat ini kita rajin beribadah, banyak bersedekah dan suka menghulurkan bantuan kepada golongan yang lemah.
Ketiga : Tabah hati dalam menghadapi pelbagai ujian, cabaran dan dugaan. Asas penting untuk memperoleh sifat ini ialah sifat sabar sepanjang Ramadan. Sifat sabar tersebut telah meningkatkan mutu ibadah, akhlak terpuji, semangat tolong menolong dalam perkara kebaikan, melahirkan pemimpin yang berkualiti, pekerja yang produktif dan seumpamanya.

Keempat : Ketekunan dalam mengerjakan ibadah. Sifat tekun ini datangnya daripada kesungguhan kita melakukan solat taraweh dan bertadarus al-Qur’an. Natijah daripada amalan-amalan tersebut mampu melahirkan modal insan yang bertanggungjawab, adil, berintegriti tinggi, amanah dan mempunyai Haibah dalam apa jua lapangan yang diamanahkan kelak.

Muslimin Yang Di Rahmati Allah,

Berdasarkan pengajaran tadi ternyata darjat takwa itu mempunyai kayu pengukur yang tertentu. Umpamanya kemenangan tentera Islam yang hanya berjumlah 24,000 orang dalam ” Peperangan Yarmuk ” mengalahkan tentera Parsi yang berjumlah 200,000 orang. Diriwayatkan ketika maharaja Parsi Heraculis meminta penjelasan panglima tenteranya mengenai punca kekalahan tenteranya yang begitu besar dengan peralatan perang yang begitu canggih, maka dijelaskan bahwa puncanya ialah kerana tentera Islam hanya patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya, tekun beribadah dan taat kepada agamanya sehingga dalam masa perang pun mereka masih tetap mengerjakan solat. Manakala tentera Parsi pula tidak berpegang kepada agama malah mengikut hawa nafsu, minum arak, berzina dan sebagainya.

Muslimin Yang Di Rahmati Allah,

Mengakhiri khutbah kali ini, mimbar mengajak untuk kita merenung kembali bahwa bulan Syawal ini sebagai medan kita menilai sejauh mana kita dapat memanfaatkan keberkatan Ramadan. Tanyalah kepada diri kita adakah penghayatan Ramadan dahulu masih ada lagi dalam diri kita, pada anak-anak, ahli keluarga, masyarakat sekeliling, pemimpin, pegawai kerajaan atau swasta dan umat Islam seluruhnya?.

Jika tidak, siapakah pula yang bertanggungjawab untuk mengekalkan penghayatan itu?. Ingatlah bahawa teras kecemerlangan umat Islam bergantung kepada takwa yang dimiliki. Takwa akan memandu segala kegiatan agar bertepatan dengan perintah dan tegahan Allah yang secara langsung mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan negara.

Sesungguhnya Ramadan telah banyak memandu kita meningkatkan takwa melalui amalan solat fardhu atau sunat, membudayakan diri kemasjid, membaca dan memahami ayat-ayat al-Qur’an, bertaubat, berdoa dan berzikir. Oleh itu, marilah sama-sama kita menghayati segala amalan tersebut di bulan-bulan seterusnya. Mudah-mudahan kehidupan kita akan dinaungi takwa dan sekaligus cemerlang di dunia dan di akhirat .

Firman Allah SWT dalam surah Al-A'raf ayat 96:

Maksudnya : ” Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. "

IBADAH HAJI PERKASA UMMAH


Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita semua bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Sempena musim haji 1429H, mimbar ini akan membicarakan khutbah bertajuk ” IBADAH HAJI PERKASA UMMAH ”.


Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Haji adalah rukun Islam yang kelima yang wajib ke atas setiap muslim yang mampu. Kepada bakal haji 1429 hijrah, mimbar ini mendoakan agar Allah SWT melimpahkan rahmat dan dikurniakan sihat, dipermudahkan urusan dan dikurniakan haji yang mabrur. Mengambil kesempatan ini, khatib akan mengupas beberapa pengajaran penting dalam ibadah haji yang berkait langsung dengan kehidupan kita diperingkat individu, bermasyarakat dan bernegara. Di antaranya ialah:
Pertama - Ibadah Haji Adalah Simbol Pengorbanan Kepada Agama.
Keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda dalam menunaikan ibadah haji merupakan suatu pengajaran kepada kita bahawa sebagai hamba Allah, kita sebenarnya dituntut berkorban demi agama Allah SWT.
Tanpa pengorbanan tenaga, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegakkan. Renungilah pengorbanan para Rasul Alaihimussolatu wassalam, khususnya Nabi Ibrahim AS yang sanggup meninggalkan isteri dan anak-anaknya keseorangan di tanah Mekah semata-mata pengorbanannya kepada Allah SWT. Demikian juga Nabi Muhammad SAW mengorbankan nyawa, keluarga, tanah air berhijrah ke Madinah kerana semata-mata menegakkan agama. Persoalannya, banyak manakah masa, tenaga, fikiran dan harta benda kita dikorbankan untuk agama?. Sejauh manakah masa, tenaga, fikiran dan harta benda kita korbankan untuk menegakkan agama dalam diri kita, keluarga, masyarakat dan negara?.
Insaflah bahawa tanpa perjuangan dan pengorbanan dalam membangun agama Allah dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara, maka agama akan hilang keagongannya dan ia akan dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Justeru Allah menuntut kita berjuang dan berkorban, sepertimana dalam firman-Nya dalam surah At-Taubat ayat 111:
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga."

Muslimin Sidang Jumaat Yang Dimuliakan,
Kedua - Ibadah Haji Simbol Perpaduan.
Berhimpunnya jemaah haji dari seluruh dunia di kota Mekah dan Madinah adalah satu pengajaran bahawa umat Islam diwajibkan berkasih sayang, saling menghormati dan bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, kedudukan dan pangkat. Budaya kasih sayang dan saling bekerjasama inilah yang menjadi amalan di kalangan golongan Ansar dan Muhajirin yang menjadi faktor utama tertegaknya negara Islam Madinah.
Sejarah mencatatkan hebatnya tahap kasih sayang di kalangan Muhajirin dan Ansar hingga dinyatakan bahawa keluarga Ansar yang memiliki dua helai pakaian telah memberikan sehelai pakaian kepada saudara dari golongan Muhajirin. Mereka yang mempunyai dua rumah menghadiahkan sebuah kepada keluarga Muhajirin. Mereka yang memiliki dua bidang tanah, sebidang diwakafkan kepada kaum Muhajirin, bahkan ada orang Ansar yang mempunyai dua isteri berhasrat menceraikan seorang isteri untuk diberikan kepada saudaranya golongan Muhajirin. Demikianlah hebatnya perpaduan golongan Ansar dan Muhajirin yang diikat oleh iman dan takwa kepada Allah SWT.
Namun kini roh persaudaraan sebegitu telah mula cair dan terhakis, malah apa yang lebih malang kini sebahagian daripada ahli sesebuah keluarga bercakaran. Hubungan di kalangan umat Islam amat longgar, budaya tegur menegur semakin luntur, jiran bersebelahan rumah tidak kenal mengenal. Ada yang duduk bersebelahan dalam pengangkutan awam pun tidak bertegur sapa, ada yang bertembung diperjalanan tidak bertegur sapa. Hampir kesemua negara-negara Islam berpecah belah. Umat Islam dilanda sindrom permusuhan dan hasad dengki. Ada segelintir yang sanggup menindas, mengkhianat, menzalimi malah hingga berbunuh-bunuhan. Inilah sebenarnya hasil daripada pendekatan dasar perpaduan yang tidak didasari kepada iman dan takwa.
Justeru itu, Allah SWT memerintahkan kita membina perpaduan dengan kaedah iman dan takwa sepertimana firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 103:
Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;.“

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Ketiga - Ibadah Haji Simbol Persamaan Taraf.
Kewajipan berpakaian ihram yang seragam di kalangan jemaah haji tanpa mengira kedudukan dan pangkat, memberi pengajaran bahawa semua manusia di sisi Allah SWT adalah sama taraf. Prinsip inilah yang menjadi faktor penting kejayaan Nabi SAW dalam menegakkan agama dan daulah. Sejarah mencatatkan bahawa Nabi SAW melayani masyarakat di zamannya secara samarata, tiada beza membeza sekalipun dengan anak sendiri. Hal ini ditegaskan dalam sabda baginda yang diriwayatkan oleh Ahmad dari Abdullah bin `Amr:
Mafhumnya: “Sesungguhnya Allah telah menghancurkan umat terdahulu disebabkan sikap mereka, apabila seorang yang berdarjat mencuri tidak dihukum, tetapi jika orang miskin melakukannya barulah mereka melaksanakan hukuman hudud. Tidak! Demi Allah, jika Fatimah, anakku sendiri yang mencuri, nescaya aku sendiri yang memotong tangannya."
Mutakhir ini, budaya penyamaan taraf yang dipraktikkan oleh Nabi SAW telah tidak wujud lagi. Apa yang ada di dalam sesetengah masyarakat sama ada diperingkat keluarga, sektor pekerjaan, hak-hak sosio-politik dan ekonomi serta undang-undang adalah amalan yang meyimpang jauh daripada dasar persamaan taraf yang dipraktikkan oleh Nabi SAW sendiri. Implikasinya wujud jurang perbezaan taraf di kalangan masyarakat yang menyebabkan berpecah belah. Justeru itu, Allah SWT memerintahkan supaya mengamalkan prinsip persamaan taraf. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat 58:
Maksudnya: " Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.."

Mengakhiri khutbah, mimbar ini menyeru marilah di musim haji 1429 hijriah ini kita sama-sama memahami pengajaran penting dalam ibadah haji sepertimana yang telah dihuraikan tadi, dan sekaligus melaksanakannya dalam hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Mudah-mudahan kita akan berbahagia di dunia dan di akhirat.
Maksudnya: " Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.."

Senin, 24 November 2008

IBU BADA DEPANI PENDIDIKAN ANAK-ANAK



Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita semua bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sempena musim cuti persekolahan 2008, mimbar ini akan membicarakan khutbah bertajuk ” IBUBAPA MENDEPANI PENDIDIKAN ANAK-ANAK ”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pendidik dari kacamata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, 'alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga orang lain. Kedudukan mereka ada hubungankait dengan sifat integriti, bertanggungjawab, amanah, istiqamah dan beriman kepada Allah SWT. Di Malaysia, bidang pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi manusia secara menyeluruh bagi mewujudkan modal insan yang cemerlang, iaitu cerdas minda, mantap rohani, stabil emosi dan sihat jasmani. Sebenarnya kecemerlangan pendidikan tidak hanya dibebankan kepada para guru di sekolah, bahkan ia bergantung kepada peranan ibubapa di rumah. Kedua-dua institusi ini iaitu sekolah dan rumahtangga saling memerlukan dalam menentukan kecemerlangan pendidikan.

Bermulanya cuti persekolahan, maka tugas guru yang mengajar di sekolah telah dihentikan sementara dan ibubapa bertanggungjawab penuh menyambung kesinambungan tugas mendidik anak-anak di rumah. Ibubapa harus sentiasa memastikan pendidikan anak-anak terpelihara walau pun memerlukan pengorbanan tenaga, wang dan masa. Sebagai ibubapa kita tidak boleh melepaskan diri dalam mendidik anak-anak walau apa cabaran sekalipun. Jika tidak, anak-anak akan rosak pegangan akidah, hilang kemurnian akhlak dan moral serta ketinggalan dalam arus pendidikan negara.

Ibu bapa perlu memiliki kualiti bimbingan yang baik supaya anak berada dalam pengaruh budaya keluarga yang sihat. Jika tidak, pengaruh buruk di luar yang sedang menunggu akan mempengaruhi mereka. Kita tidak mahu anak-anak menjadi keliru dan tidak tahu memilih mana yang baik dan buruk dalam hidup mereka. Dr Yusof al-Qardhawi mengatakan bahawa kesan paling menonjol akibat dari tamadun hari ini ialah terpisahnya ikatan akhlak yang mendedahkan manusia kepada pelbagai krisis dan gejala. Bimbang dengan tekanan ini, mimbar menyeru ibubapa agar membimbing anak-anak secara serius terutamanya dari sudut rohani atau bimbingan hati.

Allah SWT menegaskan seksaan yang sangat berat jika ibubapa sengaja cuai atau bersifat khianat dengan amanah yang diberikan untuk mendidik anak-anak. Firman-Nya dalam surah At-Tahrim ayat 6:
Maksudnya: " Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sempena dengan cuti persekolahan anak-anak sekarang ini, mimbar ingin menyeru ibubapa agar melaksanakan beberapa tindakan dalam mempastikan kesinambungan aktiviti pembelajaran dan pendidikan anak-anak dapat diteruskan, sekalipun di masa cuti persekolahan. Antara tindakan tersebut adalah:

Pertama: Ibubapa Hendaklah Berperanan Sebagai Guru di Rumah.

Ibubapa perlu berperanan sebagai guru di rumah iaitu membimbing dan menggalak anak-anak mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja-kerja sekolah. Ibubapa wajar memberikan perhatian sepenuh masa semasa bersama anak-anak. Janganlah pula ibubapa menganggu pembelajaran anak-anak dengan aktiviti-aktiviti yang kontra dengan pembelajaran anak-anak seperti menonton teliyisen, melayari internet, berbual kosong dan sebagainya. Dorongan dan bimbingan ibubapa di rumah akan dapat membentuk daya tahan anak-anak dalam menghadapi cabaran pendidikan yang semakin kompleks.

Ibubapa perlu insaf bahawa taraf pencapaian pendidikan anak-anak kita masih lagi rendah berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Setiap kali keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM dikeluarkan, anak-anak kita masih lagi ketinggalan, terutamanya dalam kursus-kursus sains dan profesional. Mudah-mudahan pengembelingan usahasama antara ibubapa dan guru-guru akan dapat mengangkat martabat pendidikan di kalangan anak-anak kita.
Kedua: Menyedia Penjadualan Aktiviti Yang Berfaedah.

Penjadualan aktiviti anak-anak di musim cuti persekolahan sangat penting demi mengelak anak-anak daripada terjerumus ke dalam aktiviti yang merosakkan. Ibubapa perlu menyusun dengan baik masa yang terluang itu dengan perkara-perkara yang dapat menjana kekuatan peribadi mereka. Dalam erti kata lain, biarlah cuti ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan peribadi anak-anak, sama ada dari segi keilmuan, sahsiah dan hala tuju.

Ketiga: Ibubapa Berkewajipan Membangun Rohani Anak-anak.

Perlu difahami bahawa ibubapa berperanan besar dalam memberi pengajaran dan pendidikan agama untuk anak-anak. Justeru ibubapalah yang akan melahirkan anak soleh dan menjauhkan anak menjadi derhaka. Apabila jiwa anak-anak sentiasa diisi dengan takwa dan iman, maka perasaan kasih sayang dan hormat menghormati akan wujud dalam keluarga kita.

Ibubapa juga perlu memastikan anak-anak benar-benar komited dengan perintah Allah SWT seperti solat terutamanya solat berjemaah. Pendidikan ini perlu disertakan dengan tahap disiplin diri yang tinggi agar anak-anak terbiasa dan dapat membentuk budaya berjemaah sehingga dewasa. Konsep dakwah bilhal oleh ibubapa amat penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Pembudayaan ibubapa berjemaah, membaca al-Qur'an, memberi tazkirah dan membaca buku-buku agama, insya allah akan dapat menyuburkan iman dan takwa anak-anak.

Insafilah bahawa beriman atau tidaknya anak-anak adalah berpunca daripada ibubapa. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sabda baginda:

Mafhumnya: "Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi."

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Mengakhiri khutbah, mimbar ini menyeru marilah kita memastikan sepanjang cuti sekolah ini, anak-anak kita dinaungi oleh suasana pendidikan dan pembelajaran yang berterusan. Semoga usaha ini dapat mengawal pengaruh liar dari aktiviti yang negatif dan sekaligus melahirkan generasi yang mantap akidah dan cemerlang dalam pendidikan.

KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH


KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA. Segala kepujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah Ta’ala, Salawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu was Salam dan buat keluarga dan Sahabat Baginda. Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”. Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”. JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA. Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”. Kedua : Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi : “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih). Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik. Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi). Kelima : Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid). Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah. Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih. Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya. Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu. Kesepuluh : Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

KELEBIHAN AYAT SERIBU DINAR


Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
(2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Cara amalan :
1. Baca 3x pagi 3x malam.
2. Elok selepasnya ditambah kalimah ini 3x juga.
بسـم الله , يا مسـبـب الأسـباب , سـبـب
Dengan nama Allah tuhan yang menyebabkan sebab,sebabkanlah akan daku sesuatu sebab (bagi mencapai hajat)
Kaifiat khusus :
1. Puasa 1 hari dan pada malamnya wiridkan 1000x.
2. Kemudian amalkan seperti biasa 3x pagi 3x malam.
3. Insya Allah kita akan mendapat segala kelebihan ayat ini.

KELEBIHAN SURAH YASIN


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yangbermaksud:"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.5. Jika terpenjara akan dibebaskan.6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.