Selasa, 02 Desember 2008

RUMAH TANGGA


pemimpin rumah tangga, suami isteri atau ibu bapa bertanggungjawab menentukan dan mengambil berat supaya dasar rumah tangga tidak bercanggah dengan syariat Islam. Berdasarkan pemerhatian, terdapat suami isteri dan ibu bapa tidak mempunyai hala tuju yang jelas ke arah mana untuk membentuk dasar rumah tangga. Kelemahan suami isteri dan ibu bapa menyebabkan anak-anak dan generasi tenggelam dalam budaya berdosa.

PERKAHWINAN


Sesungguhnya Allah S.W.T. mensyariatkan sesuatu perkara itu ada hikmah disebaliknya. Begitulah juga dengan perkahwinan, di mana ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Perkahwinan adalah satu tuntutan syariat sebagai usaha kesinambungan melahirkan penyambung generasi untuk mentadbir muka bumi sesuai dengan penciptaan manusia sebagai khalifah. Perkahwinan pertama di dunia telah berlaku di antara Nabi Adam a.s bersama Hawa melalui cara yang dibenarkan oleh Allah S.W.T. Perkahwinan pasangan pertama ini menunjukkan bahawa tuntutan syariat hubungan lelaki dan perempuan hendaklah melalui ikatan yang sah iaitu 'aqad (ijab dan qabul).